.

.

Sunday, 12 June 2016

KEANGGOTAAN

Anggota

Anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran.

Kelayakan Menjadi Anggota

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada warga kerja SAJ Holdings Sdn Bhd. yang telah disahkan dalam jawatan. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi mestilah :-
(a)   warganegara Malaysia;
(b)   telah mencapai umur lapan belas tahun;
(c)   bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi; 
(d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Permohonan Menjadi Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan di alamatkan kepada Setiausaha Koperasi atau Pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan. Sila hubungi Pejabat Koperasi di talian 011-3527 7036 (Puan Rafeda / Cik Sara) untuk keterangan lanjut.


Fi Masuk

(1) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

(2)  Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh). Permohonan semula boleh dibuat selepas enam bulan bekas anggota berhenti daripada koperasi.  


Ikrar Anggota

(1)  Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah menandatangani suatu ikrar bahawa dia:-
(a)      akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan-aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan;
(b)        bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c)      bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa  suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
(d)     tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

(2)  Mana-mana pemohon yang enggan menandatangani ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota.

(3) Seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah menandatangani minit mesyuarat agung perwakilan permulaan Koperasi ini, dikehendaki menandatangani ikrar menurut fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar tersebut boleh menyebabkan dia disingkir.

Penerimaan Menjadi Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebabnya. Seseorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.

Perolehan Hak, Kewajipan dan Liabiliti Anggota

Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil.

AKTIVITI

Aktiviti KOSAJ


1)  Pinjaman

Aktiviti utama KOSAJ ialah skim pinjaman kewangan kepada ahli-ahlinya. Terdapat dua kategori pinjaman yang ditawarkan iaitu pinjaman kecemasan dan pinjaman peribadi. Berkuatkuasa 1 Julai 2016, had pinjaman kecemasan telah dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000. Had pinjaman peribadi juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000. 


2)  Kantin SAJ

SAJ Holdings Sdn. Bhd. telah memberi kepercayaan kepada KOSAJ untuk menguruskan operasi kantin SAJ sejak beberapa tahun lalu. Perniagaan sewaan tapak kepada agen-agen luar juga dilakukan di kawasan kantin untuk mereka memasarkan produk mereka.


3)  Pusat Asuhan

Sebuah rumah di Larkin Jaya yang menjadi aset KOSAJ telah disewakan untuk pusat asuhan kanak-kanak Taska As Soffea.



4)  Bangunan 3 Tingkat di Pasir Gudang

KOSAJ telah membeli bangunan kedai 3 tingkat di Pasir Gudang yang berharga RM1,751,000.00 dengan bantuan pinjaman kewangan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Bangunan tersebut dibeli dengan tujuan untuk disewakan kepada SAJ Agensi Pasir Gudang.



Dana Pendidikan KOSAJ


Dana pendidikan diwujudkan untuk memberi dorongan kepada anak-anak ahli KOSAJ mencapai kemajuan dalam pelajaran. Sumbangan kewangan diberikan sebagai anugerah kecemerlangan pendidikan kepada anak-anak ahli yang berjaya dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan Darjah Khas. 



Khairat Kematian KOSAJ



Khairat kematian KOSAJ telah dilaksanakan bermula bulan November 2014 dengan potongan bulanan ahli RM1.00. Tujuan untuk memberi sumbangan apabila berlaku kematian ahli KOSAJ, isteri atau suami ahli serta anak kandung/anak tiri/anak angkat yang berdaftar sahaja. Jumlah sumbangan yang diberi ialah RM1,000.








    

Thursday, 9 June 2016

VISI & MISI


VISI:

Memenuhi keperluan, faedah dan kebajikan anggota berasaskan prinsip Koperasi dengan nilai-nilai murni.


MISI:

Mengurus Koperasi dengan cekap dan berkesan.
Koperasi yang berdaya saing dan berintegriti.
Berusaha meningkatkan sosio-ekonomi anggota.
Menyediakan kemudahan kewangan selaras dgn nilai-nilai prinsip Koperasi.
Melaksanakan budaya kerja berpasukan.


Barisan Ahli Lembaga KOSAJ 2016 / 2017:

1.    Pengerusi - Tn Hj Mohd Noor Bin Darmin
2.    Setiausaha - En Norman Bin Lily
3.    Bendahari - En Burhanuddin Bin Muhammad

Anggota Lembaga:

4.    YM Raja Abdul Rahim Bin Raja Hassan  (Kluang)
5.    Pn Sabariah Binti Amin  (Kluang)
6.    Tn Hj Tuan Sanusi Asmadi Bin Tuan Hamat  (Johor Bahru)
7.    Pn Rohana Binti Mohammad Vasi  (Mersing)
8.    Pn Akheriah Binti Hj Salleh  (Batu Pahat)
9.    En Rosli Bin Ahmad  (Johor Bahru)
10.  En Abdul Hakim Bin Hassan  (Muar)
11.  En Mohd Jalil Bin Hj Bajuri  (Segamat)
12.  Pn Siti Zaliah Binti Suleiman  (PGudang/Kulai)
13.  Pn Norlela Binti Rani  (PGudang/Kulai)
14.  En Noresmadi Bin Marimin  (Pontian)
15.  En Mohd Rizal Bin Shahar  (Kota Tinggi)


Kakitangan KOSAJ:

1.    Pn Rafeda Binti Jamaludin
2.    Cik Sharanatul Fairuz Binti Abd Rahman


Pejabat KOSAJ:

Ibu Pejabat SAJ Holdings Sdn. Bhd.
(Sebelah Kantin SAJ)
Jalan Garuda, Larkin
Johor Bahru.
No. telefon: 011-3527 7036

No. fax:

Monday, 6 June 2016

SEJARAH KOSAJ


SEJARAH KOPERASI:

Koperasi Anggota Syarikat Air Johor Berhad atau nama singkatannya KOSAJ telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1997 dengan nombor  pendaftaran J-5-0352. Alamat berdaftar Koperasi ialah Bangunan Ibu Pejabat SAJ Holdings Sdn. Bhd, Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor. Kawasan operasi meliputi seluruh Negeri Johor (SAJ). Koperasi ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip Koperasi.



DEFINASI:


Sebuah Koperasi adalah pertubuhan berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.


NILAI-NILAI:

Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, kesedaran tanggungjawab diri, demokrasi, persamaan kesaksamaan dan perpaduan.  Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu, anggota Koperasi menerima nilai-nilai etika, termasuk amanah, ketulusan, tanggugjawab sosial serta sikap penyayang terhadap orang lain.


PRINSIP-PRINSIP:

Prinsip Koperasi menjadi panduan untuk Koperasi mengamalkan nilai-nilainya:


Prinsip Pertama ~ Keanggotaan sukarela dan terbuka.
Prinsip Kedua ~ Kawalan demokrasi oleh anggota.
Prinsip Ketiga ~ Penglibatan ekonomi oleh anggota.
Prinsip Keempat ~ Autonomi dan Kebebasan.
Prinsip Kelima ~ Pendidikan, latihan dan maklumat.
Prinsip Keenam ~ Bekerjasama di antara Koperasi.
Prinsip Ketujuh ~ Berprihatin terhadap masyarakat.